Friday, June 19, 2009

Majlis Paralimpik Malaysia

Sejarah Paralimpik

Merupakan sukan yang setara atau pun sama dengan sukan Olimpik untuk orang kurang upaya. (Para adalah Singkatan Kepada sama atau satara , bukannya para legia). Sukan Paralimpik musim panas merupakan sukan yang tertinggi mutunya dari segi prestasi atlet kelas dunia. Ia merupakan temasya sukan kedua terbesar didunia selepas Sukan Olimpik. Atlet yang bertanding si sukan Paralimpik mempunyai matlamat unr\tuk memenangi pingat emas, oleh itu mereka sanggup berlatih bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat tersebut. Sukan Paralimpik merupakan acuan sukan Olimpik dari segi penyertaan dan semangat kesukanan yang tinggi.
Sejarah sukan Paralimpik bermula di Burylesburg, Englang pada tahun 1948, dimana sukan ini disertai oleh orang yang mengalami kecederaan tulang spina. Sukan tersebut diilhamkan oleh sukan Olimpik yang berlangsung di London. Pertandingan ini diadili oleh Sir Ludwing Guttman yang digelar sebagai Bapa Sukan Paralimpik atau Bapa suakn Kurang Upaya. Beliau pada mulanya mendedahkan sukan sebagai satu proses rehabilitasi memberi mereka yang mengalami kecederaan saraf tunjang. Program tersebut diberi sokong penuh oleh kerajaan British akibat berlaku banyak kecederaan dikalangan askar mereka pada Perang dunia Ke-2.
Sukan Paralimpik yang pertama berlangsung di Kota Rome, Itali pada tahun 1960. Sejumlah 23 buah negara dan lebih kurang 200 orang atlet mengambil bahagian. Sejak itu, sukan olimpik dan paralimpik sentiasa bergerak bersama mengikut perkembangan sukan sepanjang zaman setiap empat tahun sekali dibandar yang sama. Sebelum tahun 2984, ia dikenali sebagai olimpik untuk OKU. Hanya selepas tahun 1984, ia telah ditukar menjadi sukan Paralimpik.
Sukan Paralimpik sentiasa diadakan pada tahun yang sama duadakan sukan Olimpik dengan diadakan juga bandar yang sama. Ini dilaksanakan sejak sukan Olimpik di Seuol, Korea Selatan (1988) di sukan Olimpik musim sejuk Kanada (1992). Pada 19 Jun 2001 satu perjanjian telah ditandatangani anatara IOC dan IPC dimana permohonan setiap bandar yang ingin menjadi Tuan Rumah Sukan Olimpik 2012 mestilah juga bersedia untuk menjadi Tuan Rumah Sukan Paralimpik. Di atas dasar setiakawan dan semangat Olimpik atau Paralimpik. Athens, Greece telah dipilih buat pertama kalinya secara rasmi menganjurkan sukan olimpik di Sukan Paralimpik Secara Bersama.

No comments:

Post a Comment