Monday, June 22, 2009

Konsep Kecergasan











KECERGASAN
berkaitan dengan fungsi sosiologi dan psikologi yang dipercayai memberi seseorang individu perlindungan daripada ancaman penyakit hipokinetik seperti penyakit jantung, kegemukan dan penyakit berkaitan dengan otot dan tulang.

DEFINISI
KECERGASAN FIZIKAL
“Keupayaan melaksanakan tugas harian dengan cekap dan cergas tanpa rasa kepenatan serta mempunyai tenaga berlebihan untuk menjalani aktiviti rekreasi dan sanggup menghadapi cabaran keadaan kecemasan yang mungkin timbul.”
- Clarke, 1979

DEFINISI
KECERGASAN FIZIKAL
“Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi individu perlindungan dari ancaman penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan dan pelbagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan prestasi pula merujuk kepada fungsi dan keupayaan individu untuk bertanding dalam aktiviti sukan dengan bertenaga, berdaya kuasa, kekuatan, berdaya tahan, berkemahiran dan sebagainya”.
-Falls, 1980

DEFINISI KECERGASAN FIZIKAL
Corbin (1994) : keupayaan seseorang untuk menjalankan tugas hariannya dengan cekap, berkesan dan tanpa keletihan di samping masih mempunyai lebihan tenaga untuk menjalankan aktiviti-aktiviti kesenggangan atau menghadapi kecemasan.
Davis, Kimmet dan Auty (1993) : kecergasan adalah sebagai kemampuan jantung, salur-salur darah, paru-paru dan otot berfungsi pada kecekapan optimal. Kecergasan menurut mereka ialah physical properties of a person.

Bagaimana mengetahui tahap kecergasan?
Kadar nadi rehat
sangat cergas - bawah 50 dsm
Cergas - 50-70 dsm
Sederhana - 70-80 dsm
Tidak cergas - lebih drp. 80 dsm

Kadar nadi pulihan
Taraf kecergasan : Jangkamasa yang diperlukan untuk nadi selepas senaman jatuh ke bawah 100 denyutan seminit

Sangat baik : 30 saat
Baik : 60 saat
Sederhana : 90 saat
Tidak cergas : 2 minit ke atas

Faktor-faktor yang mempengaruhi kecergasan
Baka
Setiap manusia dilahirkan dengan kekuatan dan kelemahan tersendiri yang mempengaruhi saiz tubuh badan, kepandaian dan personaliti kendiri.
Baka menentukan limitasi potensi kepada seseorang itu.
Kecergasan fisiologi manusia hendaklah dibuat bersesuaian dengan keupayaan dan kebolehan fizikal individu itu.

Alam Sekitar
-Alam sekitar dapat mempengaruhi status kesihatan individu.
-Alam sekitar juga dikatakan berperanan penting dalam menyekat perkembangan positif kendiri.

Tingkahlaku
-Tingkahlaku yang positif terhadap pembinaan kecergasan fizikal harus diutamakan.
-Seseorang itu walaupun berada di dalam suasana dan alam sekitar yang baik dan status baka yang baik tetapi disebabkan tingkahlaku yang negatif, kecergasan fizikalnya akan terganggu dan sentiasa dalam keadaan yang kurang sihat dan mengalami tekanan.

No comments:

Post a Comment