Friday, July 3, 2009

MAJLIS PARALIMPIK MALAYSIA

PROFIL MAJLIS PARALIMPIK MALAYSIA

1. Sebuah badan pengawalan sukan Kebangsaan untuk semua golongan kurang upaya di Malaysia

2. Sebuah Organisasi yang bukan bermotifkan keuntungan dengan status sosial dan sukarela.

3. Ditubuhkan pada tahun 1989 dan dikenali sebagai Majlis Sukan Malaysia bagi Orang Kurang upaya.

4. Pada tahun 1996, nama Majlis bertukar kepada Majlis Paralimpik Malaysia.

5. Ahli kepada Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (International Paralympic Commitee) yang beribu pejabat di Bonn, Germany dan ahli kepada Far East and South Pacific (FESPIC) yang beribu pejabat Oita, Japan.

6. Menerajui “Asean Para Sports Federation – APSF”

7. Menerajui “IPC East Asia Paralympics Committee – IPC-EAPC”

8. Sebuah Badan yang diiktiraf dan disokong penuh oleh Kementerian Perpaduan Negara & Pembangunan Masyarakat Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

9. Sebuah badan Kebangsaan yang sah untuk mewakili negara di kejohanan Sukan Paralimpik Antarabangsa dan FESPIC serta semua aktiviti yang berkaitan dengan sukan di peringkat antarabangsa dibawah naungan dua badan induk tersebut.

10. Badan yang mewujudkan peluang penyertaan dan kepimpinan di kalangan OKU dalam bidang ’ Sukan untuk Semua’ dan ’Sukan Cemerlang’ di peringkat nasional dan Antarabangsa di samping meningkatkan gaya hidup aktif dan berkualiti di kalangan OKU.

11. Badan yang diwakili oleh Pertubuhan Sukan Kebangsaan OKU yang meliputi 6 kategori kurang upaya iaitu cacat penglihatan, cacat pendengaran, cacat anggota, terencat akal, spastik dan orang kerdil.


MATLAMAT

o Penubuhan Majlis Sukan & Rekreasi OKU Negeri (MASRON)
o Memartabatkan ’ Sukan Paralimpiad Malaysia’ sebagai produk MPM yang berwawasan.
o Memajukan 20 jenis sukan.
o Malaysia telah diterima oleh pihak FESPIC sebagai tuan rumah FESPIC ke-9 2006.
o Mempertingkatkan prestasi pengurusan MPM sebagai pengelola sukan FESPIC Kuala Lumpur 2006 yang terbaik.
o Mengadakan latihan bersistematik bagi atlit negara dan pegawai teknikal untuk menuju kearah pencapaian yang cemerlang di sukan PARALIMPIAD 2008.
o Mewujud dan mengiatkan Perancangan MPM untuk masa 10 tahun akan datang.
o Melaksanakan program yang jitu untuk ”Sukan Cemerlang” dan ”Sukan Untuk Semua” bagi OKU.
o Menubuhkan ” Akademik Paralimpik Malaysia”
o Meningkatkan pengurusan, aset dan harta MPM.

VISI
Terbentuk satu masyarakat Orang Kurang Upaya yang progresif, produktiviti, yakin, berdaya saing, releven dan berintegrasi dengan masyarakat melalui pergerakan Sukan Paralimpik.

MISI
Berdedikasi ke arah pencapaian kecemerlangan dalam perancangan perkhidmatan dan perlaksanaan ”Sukan untuk Semua” dan ”Sukan Prestasi Tinggi” bagi Kepentingan kualiti hidup bagi Orang Kurang Upaya (OKU).



FALSAFAH
Kita percaya bahawa hanya melalui sinergi dan gabungan sumber dari semua pihak, kita akan dapat melihat pertemuan mental, fizikal dan semangat yang dinamis dan yang wujud da dalam manifestasi berikut:-

o Kemunculan orang kurang upaya sendiri mengambil peranan ke arah mencapai wawasan 2020 melalui Majlis Paralimpik Malaysia.
o Kesedian sektor swasta dan korporat menyokong dan bersama dengan pergerakan Paralimpik Malaysia.
o Kesuburan perkhidmatan sukarela di kalangan orang ramai, belian dan golongan profesional terhadap Pergerakan Paralimpik Malaysia.

AHLI GABUNGAN MPM
o Majlis Kebangsaan Bagi Orang Buta Malaysia (NCBM)
o Majlis Kebangsaan Bagi Persatuan Untuk Kanak-kanak Spastik Malaysia.
o Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB)
o Persatuan Kanak-kanak Cacat Akal Selangor dan Wilayah Persekutuan
o Persatuan Orang-orang Cacat Anggota Malaysia (POCAM).
o Persekutuan Sukan Orang Cacat Anggota Malaysia (PSOCOM)
o Persekutuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSFD)
o Pertubuhan Kebajikan Orang Kerdil Malaysia.
o Pertubuhan Orang Cacat Cina Malaysia.

No comments:

Post a Comment